Feeds RSS

Wednesday, June 9, 2010

~Ingatkah kiter???

dulu sewaktu kecil kita mungkin pernah tau tidak pernah teringat , jika kita susah ibulah sentiasa disisi.... jika kita nangis ibu yang pujuk.. jika kaki terluka..pasti ibu yang kerisauan.. diambil ubat. disapu dengan penuh kasih sayang.... jika kita kelaparan... ibu bersusah payah mencari sesuap nasi untuk kita.. biarpun dirinya kelaparan.. namun dia sanggup... jika kita demam.. dia buat bubur... diam tuamkan kain pada dahi... jika kita sedih.. ibu bisa menjadi pendengar...

namun... bila sudah kita dewasa ..ibu semakin tua.. mengira usia.. masihkah kita ingt???

jika ibu susah hati.. anak wat dek jer.... jika ibu nangis.. kita tak ambik pusing jer... jika ibu sakit.. kita suruh pergi hospital.. jngan kan nak tlg hantar.. jengguk pun tidak.. jika ibu kita tak makan.. sebab kehabisan duit.. kita buat tak tahu jer.. walhal.. kita bukan main lagi blh beli itu beli ini... wat2 tanya "mak ada duit ???" ..semestinye lah mak itu kata ada.. dia tak nak anak dia susah hati... tp anak.. perlu ke tanya???? bila mak demam... suruh lah adik2 kecik..tak pun jiran bagi makan panadol.. bukan nak tlg jaga.. jenguk pun tak!!!!. tak kesian kepada ibu yang tidak mempunyai suami lagi?? tak ingat ke sewaktu ko susah2 dulu... tak kesian ke adik2 ko yang masih bersekolah..

tak berkat weiiii duit korang... jangan ingt korang kerja bersusah payah... tu semua rezeki korang.. tak perlu lah korang derma beribu pada rumah anak2 yatim jika.. mak dan adik2 sendiri di biarkan kelaparan... duit ko tak berkat jika ibu korang menitis air mata memikirkan mencari sesuap rezeki...

~bile terbaca dan terfikir sejenak... adakah bila aku besar aku akan sebegitu??? renung2kan dan fikirkan lah~

Tuesday, June 8, 2010

KELIP-KELIP dan aku....


kelip-kelip itu cantik .. satu serangga yang menghadiahkan cahaya pada malam2 yang gelap.. kalu dah malam itu.. mestilah gelap kan???? tinggal di dlm hutan.. belukar... berterbangan dimalam hari.. memperlihatkan kecantikkan diri.. kekiri kekanan.. keatas kebawah.. sayapnya membawa diri.. terbanglah kelip-kelip selagi kau masih mampu terbang...

namun , aku bukan kelip-kelip.. kerana aku dilahirkan diatas muka bumi ini sebagai manusia..yang mempunyai akal , hati dan perasaan.. yang mampu membezakan yg baik tau yang buruk.. tetapi kelip-kelip pasti tidak teringin menjadi seperti aku.. hidup dimuka bumi yang penuh ranjau dan dugaan.. sesekali aku terlintas berfikir kenapa aku tidak dilahirkan seperti kelip-kelip.. subahanallah.. aku adalah ciptaan sebaik-baik makhlukNYa....

walaupun kelip2 tidak perlu memikirkan tentang pelajaran.. tentang kehidupan.. tentang politik.. tentang dunia.. tentang dosa.. tentang neraka syurga.. tentang hari kiamat.... namun aku bersyukur aku dilahirkan sebagai manusia... khalifah di muka bumi ini..

namun bila terlintas akan dosa dan pahala.. akan syurga dan neraka..akan hari kiamat... aku semakin takut.. dan terlintas mngapa aku tidak seperti kelip-kelip.. hanya berzikir kepada Tuan sekalian alam.. mengapa tidak aku menjadi kelip-kelip menyerah seluruh jiwa raga kepada Allah yang maha pencipta???? semakin hari semakin pelik fikiran aku... namun aku bersyukur kerana hai ku masih ada takut pada DOSA dan PAHALA....


kelip-kelip cahaya mu kuning..
cemburu aku pada mu kelip-kelip..
cantik warna menyeri malam...
cemburu aku pada mu kelip-kelip.

kelip-kelip cahaya mu kuning..
cemburu aku pada kecantikan mu kelip-kelip..
memberi senyuman pada insan memuja mu..
cemburu aku pada mu kelip-kelip..

kelip-kelip cahaya mu kuning..
cemburu aku pada kebebasan mu kelip-kelip..
terbang melebar sayap menyinar malam..
cemburu aku pada mu kelip-kelip.
Related Posts with Thumbnails