Feeds RSS

Friday, July 31, 2009

kata-kata hikmah Al-islam

  • demi Allah yang jiwaku berada di tanganNYa,seseorang tidak beriman hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.. ( Nabi Muhammad S.A.W )
  • Yang terbaik di antara kalian adalah mereka yang berakhlak mulia. ( Nabi Muhammad S.A.W )

Wednesday, July 29, 2009

tiada yang kisah?

pernahkah insan kisah akan insan lain?
pernahkan manusia itu kisah akan akan kesengsaraan insan lain..
kekadang kita berjalan tanpa menoleh kiri dan kanan..
apa yang disekeliling tidak dia endahkan..
kenapa kah begitu realitinya?
sedangkan setiap insan itu dilahirkan dengan satu hati..
yang sepatutnya wujud akan perasaan.. bukan semata-mata perasaan cinta
tetapi perasaan belas kasihan..
manusia buka lah hati mu..
lihat di sebelah kanan kiri mu..
sebelah depan mu.. dia memerlukan kasih mu...

kasih Sofea

"ibu adik nak ikut bu..."rengek sofea.Sofea membontoti ibunya ke dapur.

"tak boleh la dik..." balas ibunya sambil tanganya pantas memasukkan makanan kedalam bakul untuk dijadikan bekalan sepanjang perjalanan mereka ke shah alam.

"tapi... ala ibu... nak ikut" sofea masih memujuk ibunya. tangan ibu ditarik-tarik meraih simpati.

"ayahnya... tengok la si sofea ni.. susah kami nak buat kerja ni.." jerit ibu memanggil ayahnya.

"ibu ni..benci!!!"marah sofea. Sofea melangkah ke ruang tamu sambil menhentak-hentak kakinya diatas lantai. badannya yang tembam itu dihembab atas kusyen biru.

"sofea...roboh rumah ni nanti nak.."ayah mengambil tempat disebelah anak bongsu kesayanganya. rambut sofea dibelai manja. mulut sofea muncung sedepa sambil tangan memeluk tubuh menandakan kemarahannya, akibat tidak dibawa bersama untuk menghantar kakngah ke sebuah universiti di selangor.

kakngah mendapat pangkat yang baik dalam SPM sehingga diterima memasuki UNiversiti.

" ayah... sofi nak ikut... boleh la..."sofea kembali memujuk ayahnya. sofea meminta simpati ayahnya. ayahnya mengelengkan kepala . degil dan manja betul anak bongsunya.

"esokkan sofi ada kelas, nanti tertinggal pelajaran "ayahnya menjelaskan kenapa sofea tidak dibawa bersama, bagi ayahnya pelajaran amat penting untuk masa hadapan, dengan pelajaran dan berilmu, manusia itu tidak akan mudah diperdaya dan mudah mencapai kejayaan.

"tapi..."sofea ingin mencelah.

"tak ada tapi tapi lagi, ayah kata tak boleh! tak boleh! sofea ada PMR tahun ni.."tegas ayah

sofea terdiam, dia tahu kalau dibetahkan lagi pasti dia akan dimarahi lagi. sofea menarik muka. air matanya perlahan-lahan mengalir kepipi.
Related Posts with Thumbnails