BILA BICARA TENTANG CINTA
cinta adalah sesuatu yang mulia dan adalah nikmat bagi manusia yang tahu menghargainya. bak kata Buku bicara Cinta : Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.... Cinta itu ibarat Wang ringgit.... wang ringgit apabila digunakan bagi tujuan yang baik dan perkara yang baik akan membawa ketenangan kepada pemiliknya. namun , jika duit disalahgunakan bagi tujuan kejahatan ataupun keburukan , ia akan membinasakan pemiliknya.
cinta itu satu perasaan yang wujud tanpa disedari di dalam hati.... lahirnya Cinta bukan dipaksa.. tidak diminta... dia menapak secara lahiraih.. setiap manusia pasti ada cinta.. cinta itu bukan hanya pada seseorang yang digelar suami.. tetapi cinta pada Ilahi.. Cinta pada Rasul.. cinta pada ibu bapa.. cinta pada diri sendiri.. cinta pada sesama insan. cinta itu indah.. jika kita mencambahkan.. membajainya dengan baja yang halal.. suci.. dan baik... cinta itu akan menjadi kejam apabila.. dibaja dengan sikap dengki.. benci.. dan nafsu ....
cinta juga boleh diibaratkan pisau... sekiranya pisau itu digunakan untuk melakukan sesuatu yang sepatutnya seperti memotong sayur, buah-buahan seta sesuatu yang sepatutnya.. ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada pemiliknya.. namun jika pisau itu digunakan untuk membunuh, atau mencederakan orang lain, ia akan memberikan keburukan kepada pemilik pisau tersebut.
janganlah kamu menyerahkan cinta pada harta benda, dunia dan manusia..pasti hidup kita tidak akan tenang.. sebaliknya serahkan cinta itu kepada Allah s.w.t , pasti kita akan bahagia selama-lamanya.
"Katakanlah : Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutillah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun , lagi Maha Pengasih"
Surah Al-Imran ayat 31
Daripada Abu Hurairah daripada Nabi Muhammad saw, baginda bersabda : "Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia :
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim