Feeds RSS

Sunday, January 17, 2010

cerita aku..

emm..sudah 3 bulan aku bersendirian..tanpa insan bergelar kekkasih.. dan aku enggan lagi menyemai cinta... cukup sekadar bertemana.. kerena aku telah menutup pintu hati ku ini untuk insan yg ingin menjengah sedetik... aku telah terlalu kecewa akan semua ini.. namun pernah aku tertanya perlukah aku begini selamanya.. adakaha hati ku akan terbuka lagi???? dan adakah aku akan dikecewakan lagi???? aku terasa tersesak nafas... aku enggan dunia hidup ku gelita untuk kali seterusnya.. kekdg detik2 ini ku lalui ..ada insan mengetuk pintu hati ku.. namun maaf kan aku.. aku tidak bisa membuka hati ku lagi.. berikan ku masa untuk menjadi diri ku dan menghirup kehidupan yang penuh warna warni di dalam panorama ini.... maafkan aku jika mengecewakan mu yg ingin mendampingi ku.. cukuplah sekadar teman ... kerna hati ku masih terkunci rapi...

hari ini..

selamat pagi misslola n warga ku...
hari ini tiada yang best untuk dilakukan... banyak kerja menunggu aku disini.. kekadang terasa gundah untuk berdepan dengan masa yang akan menyinggah di empangan hidup... semoga hari yang menungguku setiap detik dapat ku jalani dengan penuh keindahan....

Saturday, January 16, 2010

hari yg penuh kenangan

hari ini aku pergi picnic.. =) suke sgt.. hapenning he he he.. tp kan aku tertanya dalam diri..perlukah ade perubahan seperti itu??? tak da aku sangka manusaia blh berubahah dalam hidup sekelip mata..selama aku menganalinye.. perwatakkan yg baik... berbaju labuh.. bertudung.. tp tak aku sangka itu hanya dusta.. sejahil2 aku.. aku masih mengetahui yg mana patut... takkan ku permainkan tudung itu sebagai kekalutan hidup.. yang blh dibuka, di pakai.. mengapa perlu itu yang berlaku.. kalu sudah ku kenal dia tidak bertudung tidak menjadi maslaah.. ttp kerna sikap yg di perlihat kan pada aku dan umum sebegitu baik bertukar menjadi sebegitu rupa.. tanpa bertudung.. tanpa berbaju t-shirt labuh muslimah lagi.. kenapa?? hanya kerana lelaki ke?? adakah kern bertudung dlu kerna permintaan kekasih??? teman jangan persendakan agama ku... itu perintah ALLAh.. jangan kau lakukan kerna org lain... perubahan itu mengecewakan ku..

Thursday, January 14, 2010

keserabutan fikiran

fikiran di ulit jalar rimbun..
kekusutan fikiran meraih setiap nadi nadi dunia..
meracun segala hari yang datang,
meletakkan kaca darah di minda.

setelah angin menretas kata,
jiwa bertemu kasih mencanang jiwa..
anak hati tiada bicara..
kecelaruan dalam gundah..
jiwa tidak tenang seperti mata melihat dunia..

kembali pada yang asal..
menitik segala pandangan kosa hidup..
tiada kontra tiada konkrit..
dilema hati semakin kesulitan berakhir nan biru di langit.

Friday, January 1, 2010

minyak naik harga???

sekali datang tahun baru minyak plak naik harga... harga runcit gula sekilogram dinaikkan 20sen...semenanjung dah RM1.65 sabah n sarawak RM1.75 kerana kenaikan harga pasaran gula dunia....tak faham betul la... emmm makin hari makin mahal semua kat atas dunia ni.. tapi harga pahala dan dosa tetap sama...asal garam tak lak naik harga ek???kalu garam pun naik harga mau pas ni aku pindah duduk kat pantai..garam free..air laut.. Allah tak minta bayaran dari segi duit..cukup dengan bersyukur padaNya... dan tahu kewajipan kite..lepas ni nak tanam tebu... tanam tebu banyak2...tak perlu beli lagi..bankrap la kilang gula kalau semua org tanam tebu :) ...salam...

politik

politik ??? bicara isu sensitif ini pada sesetengah orang mungkin membawa padah...namun sebagai rakyat sesebuah negara yang mempunyai pemimpin dan menggunakan sistem demokrasi,sudah semestinya rakyat boleh bersuara dan menilai sesuatu yang terjadi didalam kancah politik semasa..aku bukan seorang yang tahu serba serbi tentang isu politik..cuma aku dikurniakan deria dari Maha Pencipta, mata untuk melihat apa yang terjadi, telinga untuk mendengar segala dusta,pujian dan caci maki...akal fikiran untuk aku berfikir yang mana baik dan yang mana buruk..hati untuk bersuara menilai sesuatu perkara...namun adakah aku mempunyai hak untuk itu??? mungkin pada mereka aku masih muda,dunia politik bukan dunia aku.. namun berlainan pandangan ku..kerana aku masih muda aku ingin melihat negara ku tidak kecundang menyembah bumi..kerana aku masih muda untuk aku mengorak langkah kehadapan..kerana aku masih muda kudrat ku masih ada.. kerana aku masih muda ,fikiran ku masih segar... aku enggan melihat kepuraan manusia dalam melaksanakan tanggungjawab..aku enggan melihat kehancuran negara ku tercinta.. aku dilahirkan sebagai seorang insan..mempunyai jiwa dan naluri ingin melihat kejayaan bukan pada diri ku semata bahkan negara tercinta...politik penuh dusta ,penuh propaganda...bersihkan dari segala noda...

hari ini...

hari ini 1 /1/10.... aku inginkan kehidupan yang lebih bermakna..dalam mencari erti kehidupan yang sempurna...aku ingin menjadi insan yang berguna du dunia dan akhirat...
cukup sudah apa yang telah berlaku pada lepas hari.. aku ingin lupakan ape yg talah menhancurkan hati dan jiwa ku....kerna luka itu mungkin belum sembuh..namun aku bukan kanak2 kecil menunggu untuk di ubati.. aku bisa membiarkan ianya sembuh sendiri ...kerna waktu dan kelukaan itu mengajar aku menjadi dewasa.... semoga hari ini lebih baik dari semalam...

selamat tahun baru

selamat tahun baru malaysia....

tahun baru...

sudah 2009 meninggalkan kita...
meninggalkan kita dengan penuh seribu kengan pahit dan manis..
tak pernah aku terfikir aku akan memenuhkan tahun 2009 dengan penuh kenangan pahit...
kehilangan ayah tercinta...kehilangan cinta ...kehilangan aset... namun pahit hanya aku yang telan...terasa kelat di kerongkong...namun aku telan ia bersama hempedu ..mutiara berhujanan tiada lagi ku kesahkan...kerana aku sedar..aku ada disini masih perlu berlakon..selagi wayang hidupku tidak menemui penghujung...aku akan terus berjuang....
Related Posts with Thumbnails