Feeds RSS

Wednesday, July 29, 2009

kasih Sofea

"ibu adik nak ikut bu..."rengek sofea.Sofea membontoti ibunya ke dapur.

"tak boleh la dik..." balas ibunya sambil tanganya pantas memasukkan makanan kedalam bakul untuk dijadikan bekalan sepanjang perjalanan mereka ke shah alam.

"tapi... ala ibu... nak ikut" sofea masih memujuk ibunya. tangan ibu ditarik-tarik meraih simpati.

"ayahnya... tengok la si sofea ni.. susah kami nak buat kerja ni.." jerit ibu memanggil ayahnya.

"ibu ni..benci!!!"marah sofea. Sofea melangkah ke ruang tamu sambil menhentak-hentak kakinya diatas lantai. badannya yang tembam itu dihembab atas kusyen biru.

"sofea...roboh rumah ni nanti nak.."ayah mengambil tempat disebelah anak bongsu kesayanganya. rambut sofea dibelai manja. mulut sofea muncung sedepa sambil tangan memeluk tubuh menandakan kemarahannya, akibat tidak dibawa bersama untuk menghantar kakngah ke sebuah universiti di selangor.

kakngah mendapat pangkat yang baik dalam SPM sehingga diterima memasuki UNiversiti.

" ayah... sofi nak ikut... boleh la..."sofea kembali memujuk ayahnya. sofea meminta simpati ayahnya. ayahnya mengelengkan kepala . degil dan manja betul anak bongsunya.

"esokkan sofi ada kelas, nanti tertinggal pelajaran "ayahnya menjelaskan kenapa sofea tidak dibawa bersama, bagi ayahnya pelajaran amat penting untuk masa hadapan, dengan pelajaran dan berilmu, manusia itu tidak akan mudah diperdaya dan mudah mencapai kejayaan.

"tapi..."sofea ingin mencelah.

"tak ada tapi tapi lagi, ayah kata tak boleh! tak boleh! sofea ada PMR tahun ni.."tegas ayah

sofea terdiam, dia tahu kalau dibetahkan lagi pasti dia akan dimarahi lagi. sofea menarik muka. air matanya perlahan-lahan mengalir kepipi.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails